Tuesday, 31 March 2015

10 lokasi bulan madu paling popular di Malaysia.



Masih tercari-cari tempat percutian menarik di Malaysia? Banyak sebenarnya…

Jika anda baru berkahwin, kami syorkan 10 lokasi bulan madu paling popular di Malaysia. Namun jika anda sudah 10-20 tahun kahwin, apa kata cuba menghidupkan kembali suasana baru nikah dengan berkunjung ke tempat percutian yang kami senaraikan di bawah ini. 


#1 – Tubotel Langkawi

Langkawi mungkin tempat percutian paling common rakyat Malaysia. Mahu bercuti di pulau? Pasti Langkawi termasuk dalam senarai anda. Tetapi ada satu tempat menarik di Langkawi yang tak ramai orang tahu, iaitu Tubotel Langkawi.


#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang


Jarang orang bercuti tidur dalam khemah. Tetapi inilah keunikan Tanah Aina Fahad, sebuah resort yang menyediakan penginapan dalam khemah dengan aksesori bertaraf lima bintang! Resort ini terletak di Ulu Dong, Raub Pahang. Jika anda peminat flora & fauna, masukkan Tanah Aina Fahad dalam wish list tahun ini.


#3 – Time Capsule Retreat, Pahang

Satu lagi tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang menggunakan konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat menarik! Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.


#4 – Casa Titik, Pahang

Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.


#5 – The Dusun, Negeri Sembilan

Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.


 

#6 – Eight Acres, Pahang

Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!


#7 – Sekeping Serendah, Selangor

Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendah yang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.



#8 – The Shorea, Negeri Sembilan

Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.


#9 – LimasTiga, Melaka

Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak anda.


#10 – Desa Balqis, Melaka

Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.


#11 – Terrapuri Heritage Village, Terengganu


Lokasi percutian menarik di Pantai Timur yang menjadi pilihan kami ialah Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kuala Terengganu. Reka bentuk resort ini diilhamkan menggunakan konsep rumah Melayu klasik abad ke-17. Lokasi Terrapuri yang terletak di antara Laut China Selatan dengan Laguna Setiu menjadikannya tempat untuk anda mencari ketenangan di tepi laut.


#12 – D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang

Janda Baik antara lokasi popular di Pahang. Jika anda memilih untuk ke sana, jangan lupa untuk mencuba keunikan di D’Ark Training & Resort. Seperti namanya, lokasi ini sesuai untuk percutian sambil bekerja.


#13 – Three Orchid Manukan Resort, Sabah

Syurga menyelam ada di Sabah. Banyak pulau di Sabah masih menyimpan 1001 khazanah lautan, salah satunya di Pulau Manukan. Di sana anda boleh memilih untuk menginap di Three Orchid Manukan Resort yang turut menyediakan sebuah pusat menyelam.


#14 – Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak

Suasana ala-ala di Cameron Higlands tetapi terletak di hutan hujan tropika Borneo. Borneo Higlands Resort bukan sahaja sesuai untuk percutian bersama famili, malah sangat sesuai untuk berbulan madu.


#15 – Dream World Resort, Kundasang, Sabah

Dream World Resort merupakan salah satu tempat paling strategik untuk anda menikmati pemandangan indah sekitar Taman Negara Kinabalu. Walaupun sekadar hotel bertaraf 3 bintang, namun tawaran resort ini untuk setiap pengunjungnya sangat berbaloi.

No comments:

Post a Comment